Pertubuhan Kriminologi dan Koreksional Malaysia (MCCA) telah menjadi penganjur bersama 1st. International Web-Con on Forensic Science & Criminology. Konferens yang julung kali diadakan ini berlangsung secara atas pada 30 - 31 Mei 2020. Selain menjadi penganjur bersama, tiga (3) Ahli Pengurusan Tertinggi MCCA iaitu Profesor Madya Dr Mohammad Rahim Kamaluddin (Presiden), Dr. Norruzeyati Che Mohd Nasir (Timbalan Presiden) dan Dr. Ian Llyod Anthony (Bendahari Kehormat) turut terlibat selaku Pengucaptama (Keynote Speakers).

Pada 12 Oktober 2020, Presiden MCCA, YBhg. Profesor Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin telah menyampaikan Ceramah bagi Seminar Kepolisan di Maktab Kepolisan bagi Pegawai Pengurusan tertinggi PDRM. Tajuk ceramah beliau adalah "Kajian Kriminologi dalam Negara: Impak ke atas Kepolisan dan Pembuatan Dasar."