Pertubuhan Kriminologi dan Koreksional Malaysia (MCCA) merupakan pertubuhan yang ingin memperkasakan dua bidang kritikal di Malaysia iaitu kriminologi dan koreksional.

Kriminologi merupakan bidang di bawah disiplin sosiologi yang mengkaji tentang jenayah, mangsa jenayah serta perilaku jenayah manakala koreksional pula meliputi bidang pemulihan, intervensi dan rehabilitasi untuk kumpulan sasaran. Dalam konteks pertubuhan ini, kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah banduan, bekas banduan, kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang, pesalah muda, pelaku jenayah, mangsa jenayah, individu yang berisiko dan mereka yang melanggar undang-undang dan norma-norma masyarakat (antisosial).

Penubuhan MCCA adalah berlandaskan objektif-objektif berikut:

  1. Memperkasakan...
    tiga bidang keberhasilan utama (kra: key result areas) melalui pemulihan, penyelidikan dan pendidikan (3P) dalam konteks kriminologi dan koreksional.

  2. Mensasarkan...
    penyelidikan berimpak tinggi berkaitan jenayah dan pemulihan untuk aspek penguatkuasaan, pembinaan dasar dan polisi negara.

  3. Memupuk...
    kesedaran, meningkatkan pengetahuan dan aktiviti pencegahan jenayah di Malaysia.

  4. Memperkasakan...
    sistem pemulihan dan pengintegrasian sosial serta rawatan, rehabilitasi dan intervensi kumpulan sasaran.