23 Januari 2022 | Pertubuhan Kriminologi dan Koreksional Malaysia (MCCA): Malaysian Criminological and Correctional Association) telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Negeri Kedah bagi menawarkan peluang kepakaran dalam pencegahan penagihan dadah di Kawasan Berisiko Tinggi.


Pertemuan antara delegasi MCCA yang diketuai oleh Timbalan Presiden, YBhg. Dr. Norruzeyati Che Mohd Nasir dengan Pengarah AADK negeri Kedah, YBhg Tuan Abdul Hamediee Ibrahim telah berlangsung lebih kurang 1 jam 30 minit. Turut serta dalam majlis ini ialah Penolong Pengarah (Pendidikan Pencegahan) AADK Negeri Kedah. Kunjungan hormat ini turut disertai oleh YBhg Prof. Madya Dr. Yusramizza Md Isa @ Yusuff (Juruaudit Dalam MCCA) dan YBrs. Dr. Mohd Alif Jasni (Ahli MCCA).

Pertemuan ini membuka ruang kolaborasi antara MCCA dan AADK, Negeri Kedah dalam melaksanakan penyelidikan dan program ke arah pemerkasaan klien AADK. Sebagai NGO yang menekankan aspek Penyelidikan, Pendidikan dan Pemulihan (3P), MCCA beriltizam membantu dan menyokong usaha AADK dalam agenda dadah terkawal pada 2025.

MCCA merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas ruang berkolaborasi dengan AADK, negeri Kedah. MCCA sangat menghargai pertemuan ini dan bersedia menawarkan kepakaran kriminologi dan koreksional dalam pencegahan relaps, pemulihan dan pemerkasaan klien AADK.

Sekian, terima kasih.
"Jenayah Dibanteras, Koreksional Diperkasa"